Ahad, Mei 27, 2012

NUR AINA HUMAIRA BATRISYIA

Mereka ini dua beradik. Adik nama Nur Aina Humaira Batrisyia dan abang pula bernama Adam Haiqal. Mereka merupakan anak saudara saya (anak adik)).

Sayang, sayang dia! Memang saya sayang sangat dengan Batrisyia. Masa umurnya baru tiga hari, saya cuba menguatkan semangat untuk memandi dan menjaga Batrisyia, kerana ibunya menghabiskan pantang di rumah saya. Walaupun agak takut pada masa tu, tapi cuba beranikan diri. Maklum sahajalah anak-anak saya sendiri pun masa mereka masih dalam hari, saya tidak memandikannya, semua saudara mara yang datang tolong membantu.  

Saya dan suami menumpang kasih terhadap anak-anak buah yang masih kecil ini. Nur Aina Humaira Batrisyia adalah gabungan pilihan nama empat orang. Mereka ialah:
Nur : Suami saya
Aina : Ayah (adik ipar)
Humaira : (Habib anak lelaki)
Batrisyia : Pilihan nama saya sendiri.
 Tapi yang paling bestnya kami sekeluarga panggil dia Si Cocot Al Kus Kus.
"Anak-anak umpama kain putih, terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakkannya." 

Tiada ulasan: