| Pengasas ZMJ IQRA TRAINING. |
ZMJ IQRA TRAINING memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang hendak belajar mengaji Al Quran tanpa mengira usia. Apa yang penting ialah seseorang yang hendak mendekatkan diri dengan al-Quran perlulah dibantu.
Dari Usman bin Affan r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;
"Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya." (Hadis sahih, al-Bukhari, Abu Dawud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al Darimi.
Moga segala yang dilakukan mendapat keredaan Allah SWT. Moga kita menjadi manusia yang celik al-Quran untuk terus mengamalkannya dan dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan