| Anak lelaki seorang! Alhamdulillah. |
Luahan ini Ummi tujukan buat anak-anak yang jauh di mata tetapi ternyata sangat dekat di hati. Bacalah sesuatu yang dapat menyegarkan minda dan kita akan kembali menemui matlamat kita hidup di dunia ini.
Anak-anak sudah meningkat remaja dan dewasa sekarang. Alhamdulillah anak-anak Ummi ternyata berjaya di bidang pelajaran dan ummi sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja minat anak-anak dalam bidang pelajaran. Tiada paksaan untuk anak-anak hendak menjadi apa setelah tamat di universiti nanti. Semuanya menjadi pahala jika niat untuk menuntut ilmu dan membantu diri mencari jalan-jalan keredaan ALLAH.
| Anak perempuan seorang! Alhamdulillah. |
Bila kita menjaga akhlak barulah setiap ibadah yang kita lakukan ada hasilnya. Bukankah dengan menjaga solat kita akan terhindar dari kemungkaran? Bermakna mereka yang menjaga solatnya, ada pertahanan diri agar tidak terjebak melakukan dosa-dosa besar.
Justeru anak-anakku, mari sama-sama kita menjaga solat. Agar keluarga kita menjadi bahagia dan ceria selalu dalam mencari ruang-ruang mendekatkan diri dengan ALLAH.
Bila kita mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang. Ingatlah pesanan Ummi ini, kasih sayang ALLAH sentiasa berada bersama kita hatta kasih sayang ALLAH melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya. Marilah sama-sama kita mencari kasih sayang Allah agar hidup kita saling berkasih sayang kerana ALLAH.
Sayang selalu!
Ummi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan