"Hidup mesti diteruskan dengan daya juang yang bersungguh-sungguh." Zuhriah Mohamad Juoi.
Sabtu, Mac 31, 2012
RAJINLAH WAHAI DIRI!
Kerja-kerja penulisan bagaikan berjalan perlahan. Tidak tahu bila hendak siapnya buku yang satu ini. Setelah mendapati buku itu perlu dibaiki dalam banyak perkara yang mesti dilakukan.
Penambahan dan penyusunan semula perlu disegerakan. Elakkan dari bersikap suka bertangguh. Apa sahaja kerja yang bertangguh mestilah tidak akan siap. Inilah cabaran bila bekerja sendiri. Semuanya bergantung kepada kerajinan diri. Jika dirimu hendak berjaya katakan pada diri;
"Tiada jemu, tiada bosan tetapi minda sentiasa segar dan mekar bersama kuntum-kuntum ilham yang menceriakan jiwamu."
"Gunakan bakatmu sebaik mungkin, untuk mencari jalan-jalan keredaan Tuhan. Ikhlaskan dirimu untuk sebuah perjuangan yang suci. Jika itu yang diserapkan dalam hati dan mindamu, insya Allah kerja-kerjamu akan dimudahkan oleh Allah."
"Buatlah sesuatu kerana Allah, hasilnya nanti semuanya akan mengikut. Ganjaran dunia dan akhirat, itu janji Allah kepada manusia yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya."
Sayangku...sentiasalah menyayangi dirimu. Agar masa yang ada engkau gunakan semanfaat dan sebaik mungkin. Tiada masa untuk sesuatu yang palsu atau kosong, tetapi masa itu adalah modal utama dalam kehidupan.
Sayang selalu,
Zuhriah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan