Salam Sejahtera,
Minggu ini saya tidak berpeluang untuk mengikuti kelas pengajian. Tetapi bersempatan ke Batu Feringgi Pulau Pinang selama beberapa hari. Merehatkan fikiran seketika dari kesibukan rutin harian. Mencerahkan pemandangan dengan keindahan pantai Batu Ferinnggi. Memang cantik keindahan alam ciptaan Tuhan. Di mana dan ke mana sahaja ALLAH MAHA BESAR dan ALLAH MAHA PENCIPTA.
Melihat pelancong dari negara Arab begitu ceria berjalan berpasangan dan menyedut udara yang nyaman di tepi pantai. Semuanya masih muda dan juga mungkin merupakan pasangan yang baru berkahwin. Sekaligus menikmati keindahan mereka yang sedang hebat dilanda alam percintaan.
Di bilik 169 PARKROYAL Penang Resort terpandang kolam renang yang menjadi kegemaran para pelancong. Saya hanya memandang dari tingkap bilik. Hanya memandang dari jauh gelagat mereka yang sedang menikmati keindahan air di kolam renang. Menyelam dan berenang. Ada yang lebih santai, minum air dan membaca sedang badan berendam dalam air. Apa sahajalah aksi-aksi yang santai...tiasa siapa yang melarang!
Masa yang terluang saya berjalan di tepi pantai, melihat mereka yang sedang bermain jet ski, berenang di pantai dan menikmati keindahan alam yang Allah ciptakan. Menjejakkan kaki di pasir-pasir yang halus dan jerlus, terkenang juga peristiwa Tsunami tahun 2006. Batu Feringgi juga turut dilanda ombak Tsunami. Beberapa orang turut menjadi korban.
Di mana sahaja manusia berada hati tidak terlalai untuk sentiasa mengingati ALLAH. Zikrullah menjadi basahan bibir untuk melatih diri agar terus menerus menjadi hamba ALLAH yang bersyukur.
Salam kasih sayang,
Bilik 169 PARKROYAL
Penang Resort.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan