Khamis, Januari 12, 2012

SEKILAS PANDANG.

Saya akan menulis sedikit tentang pengalaman pergi ke Madinah dan Makkah. Rasanya pengalaman yang ada sayang jika tidak ditulis pada blog ini. Menulis buku dan menulis di blog lain rasanya. Bila menulis di blog ada perbezaan dan kelebihannya yang tersendiri.

Di blog mudah untuk meletakkan foto-foto yang dirasakan menarik dan mengimbau apa yang berlaku. Ia tidak dilakukan sekadar suka-suka sahaja, tetapi sebagai motivasi diri untuk terus maju melangkah dan meniti dunia kejayaan.

Sebagai seorang suri rumahtangga yang ibu pejabatnya di rumah, memotivasikan diri sendiri adalah penting agar minda terus segar untuk bergiat dalam dunia penulisan. Tiada istilah putus asa, tiada istilah malas dan tiada apa-apa yang negatif. Semuanya perlu diukur pada sudut yang positif, agar hasilnya juga sesuatu yang positf.

Tiada ulasan: