Sabtu, Januari 14, 2012

CATATAN PERJALANAN.

Lihat tu ramainya saudara mara yang menghantar di KLIA sementara menunggu untuk menaiki kapalterbang Emirates menuju ke Dubai. Itu bukan semua keluarga yang datang, baru keluarga adik, kakak dan abang sahaja. Belum lagi yang lain-lainnya. Merakamkan kenangan sebelum bertolak untuk melakukan ziarah dan umrah.

Hati sudah mula berdebar-debar dan berdoa agar perjalanan ini dimudahkkan oleh Allah. Alhamdulillah segalanya bagaikan berjalan lancar. Sesungguhnya niat yang baik itu pasti mendapat nilaian di sisi Allah. Mereka yang bersungguh-sungguh mencari reda Allah, pasti Allah akan menunjukkan jalan-jalan keredaannya.

Tiada ulasan: