Khamis, Julai 07, 2011

SOALAN-SOALAN YANG SELALU DITANYA.

Antara soalan-soalan yang sering ditanya kepada saya tentang buku TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI:

1. Bagaimana Puan mendapat idea menulis buku ini?

Menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa, membuatkan jiwa saya hidup untuk selalu menulis apa-apa sahaja idea yang timbul. Catatan yang saya nukilkan itu, hanyalah catatan biasa yang memang dirasai oleh seorang isteri dan juga seorang ibu.

Cumanya, pengalaman biasa itu saya jadikan sebagai buku yang menarik untuk dibaca oleh setiap lapisan masyarakat. Sama ada sebagai seorang isteri, suami, anak-anak remaja, orang dewasa, pekerja dan sebagainya.

2. Apakah gaya penulisan yang Puan cuba persembahkan.

Catatan biasa itu, saya selitkan juga nas-nas dari al-Quran dan Hadis. Ini bermakna tulisan itu tidak kosong begitu sahaja tetapi mempunyai maksud dakwah. Itulah perjuangan saya untuk berdakwah kepada masyarakat melalui tulisan. Di samping itu saya nukilkan juga puisi-puisi yang agak puitis, ini untuk terus mengasah bakat penulisan yang terdapat di dalam diri.

Tiada ulasan: