Jumaat, Jun 17, 2011

WAKTU SANTAI ITU...

Di kala tenang begini, saya dapat mencatat sesuatu yang santai. Lahirnya BUKU TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI, sangat bermakna buat diri saya. Promosi mengenai buku itu masih diteruskan melalui pelbagai cara. Sama ada melalui akhbar-akhbar ataupun dari mulut ke mulut.

Ramai yang membelinya bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk dihadiahkan kepada saudara mara, kawan-kawan atau sebagai hadiah di majlis perkahwinan. Melihat cover buku itu sahaja sudah dapat menarik perhatian, apa lagi jika dibaca sepenuhnya. Insya Allah akan mendapat sesuatu yang lebih bermanfaat.

Buat diri saya, sebagai mana yang tercacat dalam buku itu, penulisan membuatkan saya lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Semoga saya menjadi lebih tawadhuk dengan apa yang telah Allah kurniakan itu dan menjadi hamba yang sentiasa syukur dan patuh terhadap perintah Allah.

Sesungguhnya tulisan yang datang dari hati, akan sentiasa meneliti diri sendiri untuk terus membaiki akhlak. Ingatlah selalu, buah ibadah adalah akhlak yang mulia.

Tiada ulasan: