Isnin, April 25, 2011

TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG MEMBERI SOKONGAN.

Buat mereka yang telah membeli buku TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI, diucapkan ribuan terima kasih. Terharu melihat mereka yang datang dari jauh (Kuala Terengganu, Pahang, Johor, Melaka dan negeri-negeri lain) berkunjung ke Karya Bestari Grupbuku Karangkraf sempena Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC dan memilih buku ini sebagai salah satu buku yang dimiliki.

Kepada mereka yang telah mendapatkan tandatangan daripada saya, moga mendapat sesuatu yang bermanfaat hasil pembacaan buku ini. Kepada mereka yang belum lagi mendapat tandatangan saya tetapi telahpun memiliki buku ini, harap-harap suatu hari kita dapat bertemu juga. Insya Allah.

Sekali lagi saya akan berada di pameran buku PWTC pada :

Tarikh : 30 April 2011.

Hari : Sabtu

Jam : 10 pagi hinggan 1:00 tengahari.

Tempat : Karya Bestari, Grupbuku Karangkraf.

JUMPA LAGI!

Tiada ulasan: