Saya cuba menyusun idea untuk melahirkan satu lagi buku, pada masa yang akan datang. Saya memohon kepada Allah, moga dipermudahkan bagi saya untuk menulis kali ini. Menggunakan idea dan bahasa yang bersahaja tetapi dapat menyentuh hati dan perasaan manusia. Agar sama-sama merasai betapa ALLAH itu MAHA AGUNG dan MAHA BESAR, selayaknya DIA sentiasa disembah dan ditaati sepanjang masa dan ketika. Masa susah dan juga masa senang.
Mengingati Allah di dalam hati bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang boleh melalaikan kita. Misalnya bila azan sudah berkumandang, adakalanya kita lalai untuk melakukan kerja-kerja lain. Rasa-rasanya kerja itu mesti disiapkan juga. Azan berlalu, waktu solat fardhu telah menjadi lewat (sedikit atau banyak). Tetapi kerja-kerja yang ingin kita siapkan, tidak juga siap-siap. Lepas satu, satu...
Begitulah kita dilalaikan dengan pekerjaan...
Mengingati hati perlu ada kesedaran yang istiqomah. Perlu ada latihan dalam diri. Mengingati Allah tidak kira di mana. Waktu berdiri, duduk, berbaring atau di mana sahaja. Barulah terasa hati menjadi tenang. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan