Khamis, April 15, 2010

PENINGKATAN DI SEGI TULISAN.

Bermula dengan menyusun buku (tahun 90'an), kini alhamdulillah saya cuba menulis idea sendiri. ANAK CEMERLANG adalah hasil buah tangan saya yang pertama. Bila menulis dengan penerbit Karya Bestari, seronoknya ialah mereka (pihak yang berkenaan)memberi teguran. Apa yang perlu kita lakukan untuk menghasilkan sebuah buku yang lebih baik dan menarik. Ini sangat mematangkan saya.

Buku yang bertajuk 'Syurga Rumahtangga' editornya ialah Dr H.M TUAH ISKANDAR (dulu). Beliau banyak memberi teguran dan idea bagaimana untuk menulis agar buku tersebut kelihatan menarik untuk tatapan pembaca. Secara tidak langsung, ianya telah memberikan saya satu keyakinan diri untuk membaiki dan menghasilkan sebuah buku. Terima kasih banyak saya ucapkan kepada Dr. Tuah Iskandar. Jasanya tetap saya kenang.

Menjadi seorang penulis, perlulah ada peningkatan dari hari ke hari. Bahasa dan gaya penulisan biarlah menarik. Apa mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca biarlah jelas. Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas, untuk menulisnya tidak akan termampu oleh pena dan dakwat yang seluas lautan.

Justeru, menginsafi keadaan ini, manusia perlu akur dan tunduk sujud hanya kepada Allah SWT semata-mata. Menjadi manusia yang lebih tawadhuk dan patuh kepada segala perintah Allah.

Tiada ulasan: