Duduk berhadapan laptop mesti ada sesuatu yang sedang difikirkan. Maka itulah idea yang datang untuk ditulis. Banyak bahan. Suami. Anak-anak. Saudara mara. Sahabat handai. Isu masyarakat. Politik. Agama. Alam sekitar. Huh! Tak kering idea. Cuma antara hendak tak hendak sahaja untuk dijadikan bahan penulisan.
Alhamdulillah, saya minat menulis. Saya tidak pernah kesunyian berada di rumah. Ada-ada sahaja kerja yang boleh saya lakukan. Memasak, mengemas, membaca dan menulis. Jika sudah penat sangat, saya akan memandu kereta ke pejabat suami pula. Jemput dan hantar adalah rutin saya.
Sebagai seorang surirumah tangga, kita mestilah bijak dalam mengatur masa. Di rumah segala-galanya dalam urusan kita (jika berada sorang). Kitalah bos, kitalah setiausaha dan kitalah pekerja. Lambat atau cepat tiada siapa yang akan marah.
Tetapi disiplin masa kenalah kita jaga sendiri. Sebab maju atau mundur, bergantung juga pada diri sendiri. Nak maju dan berjaya mesti jaga masa. Masa adalah emas dan wang pada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan