Khamis, Julai 26, 2018

AKHIRAT DUNIA AKHIRAT

Salam. 
Alhamdulillah. Segala puji untuk Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat serta ahli keluarga baginda. 

Syukur berpanjangan, saya masih di sini untuk meneruskan sisa kehidupan. Mengatur masa yang semakin kian sedikit baki yang ada. Selagi nafas mampu dihembus lagi, gunakanlah peluang ini sebaik mungkin. Apa yang perlu dipertingkatkan dan apa yang perlu ditinggalkan. 

Pengalaman sesuatu yang berharga dalam hidup ini. Melalui pengalaman kita menjadi matang untuk menjadi lebih baik dari semalam. Membaiki kesilapan yang telah dan pernah dilakukan, sebagai iktibar untuk mengatur atau merancang masa hadapan. 

Umur lima puluhan merupakan bonus untuk betul-betul menjaga dan menggunakannya. Tanpa perlu mengeluh kita sudah tua dan sebagainya. Amalan akhirat perlu dipertingkatkan, tanpa bersusah payah untuk bercita-cita memiliki material yang mungkin tidak tercapai. Usah menjadi apa yang dikendung berciciran kerana mengejar sesuatu yang tidak kesampaian.

Sebaiknya mengejar akhirat itu perlu diutamakan kerana mengejar
akhirat dunia akan mengikut secara tidak langsung. Tetapi mengejar dunia dikhuatiri akhirat terabai. Sudah terbukti dan banyak yang berlaku di hadapan mata. Sesuatu yang benar-benar perlu diperhatikan dan menjadi fokus hidup ini. 

Salam kasih sayang.