Salam.
Terasa lama benar tidak menulis. Alhamdulillah berpeluang dapat menulis di sini. Sedikit sebanyak ia mampu mengubat rindu di hati.
Khamis ini kita sudah mula berpuasa Ramadhan untuk tahun 1439H. Hari Rabu dan malamnya kita sudah mula bersolat tarawih berjemaah di surau atau di masjid. Terasa suasana meriah untuk menyambut kedatangan Ramadhan.
Moga Ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Bulan untuk lebih menghitung dan meningkatkan diri.
Salam Ramadhan 1439H.
Memohon maaf buat kesekian kalinya.