Sabtu, Ogos 19, 2017

DIDIKLAH HATI.

Assalamualaikum. 
Terlebih dahulu bersyukur, kerana masih diizinkan Allah untuk menghirup udara segar pada pagi ini. Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan hidup ini, telah saya kenal hati budi manusia. Saya belajar memahami kerenah manusia. Alhamdulillah, semuanya boleh dijadikan iktibar untuk terus mendidik diri. Bukan untuk menyuluh di mana baik buruk manusia itu, tetapi lebih saya mengenali diri sendiri. 

Manusia boleh berbuat apa sahaja semasa hidup, namun usah dilupa, Allah Maha Mengetahui apa yang terselit di dalam hati seseorang. Ini sangat saya sedari setiap hari dan setiap ketika. 

Andainya kita melakukan sesuatu untuk mencari publisiti dan sebagainya, hanya itulah yang kita dapat. Meraih perhatian manusia, tanpa mengingat perhatian Allah itu yang lebih utama dan perlu diutamakan.      

Mendapatkan ketenangan dalam diri itu, tidak kepada yang lain. Sentiasa ingat kepada Allah, manusia akan beroleh ketenangan. Justeru sentiasalah mengingati Allah, agar hati kita menjadi tenang. 

Salam kasih sayang berpanjangan.