Khamis, Februari 11, 2016

JALAN KEBENARAN - SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT

Secerah mentari pagi, saya mulakan dengan menulis yang mudah dan santai. Lafaz Assamualaikum diucapkan kepada pengunjung blog yang budiman. Alhamdulillah, masih setia menulis sesuatu di sini. 

Seawal subuh dan seusai solat subuh berjemaah bersama keluarga, seperti orang lain saya memulakan hari dengan memandu ke Shah Alam. Kali ini bukan Jalan Damansara yang dilalui, tetapi jalan-jalan lain yang perlu saya ingat dan fahami. Saya perlu sedikit keberanian dan menguatkan nekad untuk yakin dalam mengenal jalan-jalan yang perlu dilalui. 

Saya menjadi agak kelam kabut bila menggunakan 'WAZE' dan adakalanya tidak yakin bila Waze melalui jalan-jalan kampung dan bengkang-bengkok. Kelam kabut ini terpaksa saya lalui seorang diri bila tidak ada orang menemani. Apa sahaja yang berlaku ketika itu... hanyalah kesabaran dapat menahan diri dari sikap berkeluh kesah. Susahnya bila sudah tersilap jalan, simpang dan belok. Perjalanan yang sebenarnya mudah akan mengambil masa yang lebih untuk sampai ke destinasi.   

Saya bayangkan juga jika manusia tersilap dalam memilih jalan kebenaran semasa hidup di dunia, pasti akan sengsara di akhirat kelak. Sebaik-baik jalan di dunia ini, pasti dengan mengikut perintah Allah yang sudah tersedia di dalam al-Quran. Ikut sahaja apa yang telah menjadi kewajiban dan tinggalkan apa sahaja yang menjadi larangan. Ikut ajaran agama Islam yang sebenar, pasti kita akan selamat di dunia dan di akhirat. 

Jadilah kita manusia yang bijak sana!