Khamis, Januari 28, 2016

HIJRAH - FEBRUARI 2016. .

Assalamualaikum. 
Terlebih dahulu syukur yang berpanjangan. Terasa gembira dan jiwa menjadi segar bila dapat menulis di blog ini. Alhamdulillah. 'Hijrah' suatu tajuk yang sangat bermakna saya rasakan ketika ini. 
Bertahun-tahun saya menetap di Sungai Penchala, kini saya selamat berpindah ke Taman Alam Perdana, Bandar Puncak Alam. 

Perumahan yang pernah tersenarai dalam projek terbengkalai suatu masa dahulu, sudah terkeluar dari senarai terbengkalai. Alhamdulillah, adanya. Kini, Taman Alam Perdana mula menerima pelbagai penghuni berbilang bangsa dan agama. Keluarga saya termasuk orang yang awal juga berpindah ke sini. Masih banyak rumah yang terbiar kosong. Mungkin ada masalah di segi pinjaman di bank, perjanjian jual beli semula dan lain-lain. 

Alhamdulillah, suasana yang sunyi sangat mendamaikan untuk saya berkarya. Paling tidak saya dapat menulis semula di blog ini. Terasa jiwa saya segar dan gembira. Itulah jiwa manusia yang gemar menulis. Dia akan mencari ruang untuk menulis, dan segala ikhtiar akan dilakukan untuk dapat menulis. Terima kasih ya Allah, atas segala limpah kurnia dan rezeki yang mencurah-curah.  

Salam sayang berpanjangan, 
Zuhriah Mohamag Juoi.  
Bandar Puncak Alam.