Khamis, April 30, 2015

KUNTUMAN BUNGA YANG MEMBAHAGIAKAN.

Salam Sejahtera,
Pembaca yang budiman 
Adakalanya kita menulis untuk menghiburkan hati yang kesedihan. Sedih kerana sesuatu perkara yang tidak diundang dan ia tetap datang dalam kehidupan ini. 

Membawa diri dengan menulis lebih terasa aman bila ingin berbicara tetapi bicara yang sepi dan menghampakan. Biarlah keadaan berlalu dan saya tetap setia di sini. Membawa bicara sendiri dan kita tidak perlu berkomunikasi. 

Menyendiri mencari ketenangan bersama zikrullah itu lebih membahagiakan. Lebih membawa keinsafan dan menyedari kelemahan kita dan cuba untuk membaikinya. Bagaikan hati dipaksa-paksa untuk kelihatan biasa, walhal kesuraman dan ketidak ceriaan itu sentiasa meniti di hati. 

Hikmah di sebalik kejadian yang tidak kita sukai tetapi ia menyinggah juga, setidak-tidaknya mendorong saya untuk menulis kembali. Suka menulis itu akan datang dengan sendiri di saat-saat yang begini. Indah bersendiri, menghibur diri.

Saya tertarik dengan bunga ros yang berwarna pink ini. Sungguh cantik dan cukuplah memandangnya, membuatkan hati saya berbunga ceria seketika. Ingin saya memujuk diri sendiri; 

"Usah diikutkan kesedihan itu, di hadapan sana masih banyak kerja-kerja yang menanti untuk dibereskan."

"Bangunkan jiwamu dengan mengingati Allah, dan ingatlah setelah kesedihan itu pasti datangnya kegembiraan." 

Wallahu'alam. 

Sekian coretan kali ini. Moga kita berjumpa lagi. In sya Allah.