Sabtu, Disember 20, 2014

KELAS PENGAJIAN AL-QURAN KHUSUS MUSLIMAH DEWASA.

Assalam.

Ingin saya nukilkan di sini pengalaman dalam membimbing orang-orang dewasa di kelas Pengajian Asas Al-Quran. Terasa berat untuk memikul tanggung jawab ini, namun atas rasa tanggung jawab dan membantu mereka yang ingin mendekati dan bermesra dengan al-Quran saya gagah dan gigihkan diri. Saya cuba semampu mungkin. 

Alhamdulillah, terasa hati berbunga ceria bila mereka yang terlepas pandang tidak mengenal huruf-huruf al-Quran, kini sudah mula mengenal dan ghairah untuk membaca al Quran. Sesungguhnya Allah jua yang mengetahui sejauh mana manusia yang benar-benar mahu mendekati dan kembali mengikuti jalan-jalan kebenaran. 


Suasana kelas yang sedang dijalankan. 

Penekanan kepada sebutan huruf sentiasa diulang-ulangkan sehingga mahir untuk lidah menyebut dan tidak kekok lagi. 

Setiap usaha pasti mendatangkan hasil. Tahniah buat mereka yang telah memulakan langkah.