Ingin menceritakan sedikit pengalaman bila berpeluang bertemu dengan Sasterawan Negara. Kebiasaannya mereka adalah seorang yang mudah didekati dan tidaklah sombong walaupun telah mendapat pengiktirafan sebagai Sasterawan Negara. Bila bertemu mereka mudah memberikan pandangan. Boleh makan semeja dan berbual pelbagai topik walaupun bertemu dengan penulis kerdil seperti saya. Seiring berjalan kaki dan menaiki lif untuk memenuhi program di Sidang Kemuncak Penulis Malaysia. Mereka tidak pun merasa kekok atau sombong diri. Mereka bersahaja.
Perjuangan dalam dunia sastera, merupakan suatu perjuangan dan satu tanggung jawab pada diri, agama, bangsa dan negara. Tanggung jawab itu perlu dipikul terutama buat mereka yang telah menyedarinya.
Pelbagai pemikiran yang sarat dilontarkan, menyebabkan saya terasa amat disedarkan apa haluan sebenar sastera itu sendiri. Seolah-olah ia memberikan saya satu anjakan paradigma untuk lebih ke hadapan, mengenali dunia sastera yang indah dan luas. Ia dilakukan bukanlah kerna mencari popular, wang ringgit dan sebagainya. Memang layak pengiktirafan sebagai Sasterawan Negara dan memberi contoh teladan yang baik kepada masyarakat.
Prof. sedang melontarkan idea beliau di bawah tajuk; Strategi dan Pendekatan Baharu dalam Pemerkasaan Sastera Malaysia.
Gambar kenangan bersama Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh.
| Pembentangan pemakalah yang bertajuk Mimpi Sastera Di Atas Bumbung Kilang Yang Berkarat. Ramai yang berfikir tentang perjuangan dan perkataan sastera itu sendiri. |
