Isnin, Oktober 06, 2014

RAYA KORBAN.

Assalam.

Alhamdulillah. Segala pujian untuk Allah. Selawat serta salam untuk junjungan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan kaum keluarga baginda. Terasa sedikit lapang dengan memulakan penulisan ini.

Apa yang menarik untuk kita mulakan bicara. Saya mulakan Aidil Adha atau kita selalu memanggilnya raya korban. Korban kali ini saya hanya di Sungai Penchala dan melakukan gotong royong di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah. Secara tidak langsung waktu inilah untuk bermasyarakat bersama jemaah muslimah yang datang ke masjid.

Sempat juga menjengok dapur masjid. Setakat potong-potong daging dan membantu apa-apa yang mudah sahaja. Saya terhibur berjumpa sahabat-sahabat di masjid. Di samping mendidik diri melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Ketika ini saya perlu melupakan kerja-kerja penulisan seketika dan tidaklah sekadar duduk di atas meja dan menghadap komputer sahaja.  

Lembu yang ke 20 sudah sampai masanya.  

Pengorbanan yang membawa erti yang sangat luas dan mendidik diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.  

Moga Allah menerima ibadah korban yang telah dilakukan.  

Melihat suasana korban dari tingkap dapur masjid. 

Ceria bersama melakukan kerja-kerja sukarela. Satu pengorbanan. 

Bersama kaum ibu yang datang membantu di dapur.