Rabu, Oktober 15, 2014

AKTIVITI PENULISAN : KAKU DAN BEKU.

Assalam. 

Tajuk tulisan kali ini nampak janggal. Kaku dan beku. Begitulah yang saya rasakan. Hati bagaikan tiada selera untuk menulis di blog. Rasa kaku dan beku. Diri sedang menumpukan pada sesuatu yang menjadi rahsia. Bila sudah jadi nanti, barulah nampak hasilnya. Insya Allah. Saya berfikiran positif dan optimis.

Ataupun boleh diringkaskan begini. Saya lebih menumpukan pada sesuatu yang lebih utama dalam kerjaya dan kehidupan ini. Dan juga date line sesuatu urusan.  

Begitulah jadinya. Blog sepi dan sunyi seketika. Namun, dalam kekalutan dan desakan, saya kembali merindui blog ini, sesibuk mana saya akan menjengah dan menulis sesuatu. Dengan serba ringkas, lahirlah aksara menjadi kalimah dan seterusnya ayat demi ayat. 

Sidang Kemuncak Penulis Malaysia

* Insya Allah akan menghadiri Sidang Kemuncak Penulis Malaysia di Kedah pada 24 - 26 Oktober 2014. Moga peluang ini membawa manfaat untuk dihadiri dan menimba ilmu dan pengalaman. 

Selamat Berjuang dan mulakan persiapan diri! 

Andainya jiwa menulis itu ada dalam dirimu, bersyukurlah dan manfaatkan sebaik mungkin. Asah bakat dan pertajamkan mata pena. 

Allahu Akbar!