Jumaat, September 19, 2014

BLOG : TITIK FOKUS KEHIDUPAN.

Salam Jumaat yang penuh keberkatan. 

Nampaknya latihan menulis ini lebih indah dan mudah, dengan kelebihan hidup di zaman yang serba memiliki teknologi canggih, sayang jika kita menjadi manusia yang ketinggalan. 

Saya sangat bersyukur sebab tidak menjadi mereka yang jauh ketinggalan. Minat menulis menjadikan saya sedikit celik dan mengikuti perkembangan. Alhamdulillah.

Menulis di blog merupakan terapi minda buat saya. Saya bahagia bila dapat bersunyi-sunyian, menekan keyboard ini dengan lembut dan mengatur huruf-huruf menjadi kalimah dan seterusnya ayat demi ayat terbentuk. Selesa dan mendamaikan. Usah pula ada yang cemburu nanti.  Di kala ini saya merasakan sepi itu indah. Tiada gangguan, justeru ilham mengalir dengan tenang dan bersahaja. Alhamdulillah. 

Hari-hari yang dilalui membina kematangan diri. Terus belajar mengawal emosi yang kelam kabut, agar semua keadaan dapat dilalui dengan tenang. Bila ujian menimpa sama ada yang disukai atau sebaliknya, ia dapat dihadapi dengan hati yang terbuka. 


Secara tidak langsung majlis meraikan hari ulangtahun yang ke 50. (dah boleh dapat cucu ni...nampaknya buat masa ini anak belum ada yang berkahwin) 
Kek ini saya tidak tahu apa namanya. Apa yang penting ia sedap, mereka yang makan hingga menjilat jari. Insya Allah ada rezeki buat yang lebih besar, biar semua dapat rasa.  

Sempena majlis pertunangan anak saudara sebelah suami. Anis Syafiqah Mazlan.