Selasa, September 02, 2014

BLOG : BLOG JUGA PERLU PENAMBAHBAIKAN.

Assalam. 

Saya terfikir untuk memberikan penambaikan terhadap blog ini. Entri pada tahun-tahun yang sebelumnya, perlu diedit dan diberi nafas baru. Insya Allah, moga Allah memberikan kekuatan untuk melakukannya.

Ketika melakukan proses penambahbaikan manuskrip pada minggu yang sudah, saya rasa bersyukur kerana di blog inilah saya membuat rujukan. Alhamdulillah, ia membantu untuk saya mengingatkan kembali idea dan ilham yang selalunya saya catit secara santai diblog ini. 

Sesungguhnya, tidak pula saya menjangkakan, rupa-rupanya ia sangat menyegarkan fikiran dan membantu menyelesaikan kerja-kerja terakhir sebuah manuskrip.

Justeru dengan apa yang telah berlaku, memberikan saya satu pelajaran yang berguna. Tulislah apa sahaja di blog anda, suatu hari ia akan berguna untuk dijadikan bahan rujukan. Alhamdulillah, semuanya tidak saya lakukan dengan sia-sia. 

Terima kasih ya Allah, di saat saya terfikir-fikir bagaimana mahu menyelesaikan kerja-kerja penulisan, blog ini memberikan bantuan yang segera.

Saya akan mengambil masa untuk menyemak semula isi kandungan blog ini. Ada yang perlu dipadam dan ada yang perlu ditambah baik. Insya Allah...saya akan melakukannya.       

Wassalam. 
Idea santai di mana-mana... Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Moga ada manfaat kepada semua.  

Tiada ulasan: