Khamis, Ogos 07, 2014

TERUS MELANGKAH.

Assalam. 
Saya gagahi diri untuk membaca dan juga menulis. Batuk berpanjangan, mungkin silap saya tidak tahu menjaga kesihatan sendiri. Kepala terasa pusing dan sedikit pening. Makan ubat apa yang patut untuk mendapatkan sihat semula. 

Harap-harap cepat sihatnya. Alhamdulilah Habib bercuti ketika ini, dialah yang banyak membantu dalam apa urusan keluarga. Terasa nikmatnya ada anak, alhamdulillah. Syukur yang berpanjangan. 

Saya masih meneruskan kerja-kerja manuskrip yang sedang dihasilkan. Tidak tahu mana satu yang hendak diselesaikan dahulu. Dalam menyusun kerja, perlu ada fokus. Agar ia membuahkan sesuatu. Ingatlah yang satu ini, bila tidak dapat melakukan semua, usah tinggal semua. Lakukan satu, satu...tenang. 

Ransangkan minda untuk menyusun strategi kerja-kerja penulisan. Usah jemu dalam usaha meneruskan perjuangan. Selagi Allah beri nyawa untuk hidup kita bisa berusaha dengan bersungguh-sungguh. Orang yang beriman tidak pernah ada rasa putus asa dalam kehidupannya.     


Terus melangkah.

Tiada ulasan: