Tergerak pula hati untuk menulis sesuatu. Apa yang ada di fikiran sekarang? Siapa yang tahu? Jika demikian, biarlah saya menulis apa yang sedang berada dalam fikiran saya ketika ini.
Ketika pergi ke Langkawi, saya berkesempatan ke Tasik Dayang Bunting. Turun dari bot, rupa-rupanya perlu berjalan kaki ke dalam lagi. Rasa macam saya tak mampu untuk berjalan masuk ke dalam, tapi atas dorongan anak-anak berjalan jugalah saya. Mendaki tangga pun dah tercunggap-cunggap rasanya.
Alhamdulillah, sampai juga saya ke Tasik Dayang Bunting. Waa... di pulau yang dah ke hujung ini pun ada tasik. Begitulah kebesaran Allah. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Besar. Allah Maha Pencipta.
Bila saya sampai ke sini, barulah saya mendapat jawapan mengapa ramai para pelancung asing dari Jepun, China, negara-negara Arab bersusah payah datang ke sini. Mandi di sini, naik bot bersiar-siar dan sebagainya.
"Memang cantik dan unik. Subhana Allah - Maha Suci Allah. "
Saya sekadar mencecahkan kaki ke air tasik. Cukuplah...ia sebagai syarat untuk saya meraikannya, tanda saya juga sudah sampai ke Tasik Dayang Bunting. Cuma anak lelaki saya sudah merasai pengalaman mandi dan berenang di tasik tersebut. Walaupun ketika Habib mandi, hati saya juga berdebar kerana tasik itu mempunyai kedalaman yang boleh membahayakan diri dan risikonya adalah tanggung sendiri.
![]() |
| Habib dan Uzma sebelum memulakan perjalanan ke tasik yang menjadi tujuan kami pada hari tersebut. |
![]() |
| Habib sudah merasai pengalaman baru mandi dan berenang di tasik |
![]() |
| Bagaimana tasik yang unik dan indah ini terbentuk? |
![]() |
| Pemandangan tasik yang sempat saya rakamkan. |
Moga tulisan ini menjadikan saya lebih tunduk sujud syukur ke hadrat Allah SWT.
Wassalam.



