Hari ini saya berpeluang duduk di hadapan skrin komputer ini dengan tenang. Masa yang begini tidak akan saya lepaskan begitu sahaja. Ingin saya nukilkan apa yang bermain di minda ketika ini.
Bulan Ramadan 2014 sudah berlalu. Kini mengingatkan diri untuk tidak lupa berpuasa enam. Usah dilalaikan dengan asyik menikmati makanan dan minuman. Bersyukur dengan nikmat Tuhan dan segera melakukan puasa enam.
Terkenang anak-anak yang bertadarus al-Quran semasa di bulan Ramadan. Mereka masih kecil dan ada yang sedang meningkat remaja. Bila teringatkan mereka, saya turut merasai bagaimana payahnya untuk mendidik anak-anak untuk bersolat. Ada yang datang ke masjid teteapi tidak menunaikan solat. Hendak ditegur bukan mudah, jika tiada penekanan tentang solat oleh ibu bapa di rumah. Mendidik anak bersolat bukan hanya di masjid sahaja, tetapi penekanan dan perlu diutamakan bila anak-anak di rumah bersama ibu bapa.
Bersolatlah tanpa dipaksa atau disuruh. itu memang kewajipan yang perlu dilaksanakan. Tapi sejauh mana peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk bersolat. Ingatlah anak-anak umur 7 tahun sudah dilatih untuk bersolat. Melentur biarlah dari rebung. Bila menjadi buluh sudah agak sukar.
![]() |
| Berkesempatan bersama anak-anak tadarus al-Quran di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. |
![]() |
| Pesanan kepada ibu bapa penekanan solat mestilah dilakukan semasa anak-anak masih kecil. |

