Selasa, April 29, 2014

PANORAMA LANGKAWI SKY CAB.

Pengalaman berada 800 meter dari aras laut, amat gayat sekali dirasakan. Masa itu pergantungan kuat hanyalah kepada Allah. Ketika ini JANGAN PANDANG BAWAH sangat diutamakan. 


Sebenarnya saya merasa sangat gayat berada di tempat yang tinggi. Awalnya saya tidak mahu menaiki sky cab tersebut, namun setelah didorong oleh suami dan anak-anak, akhirnya saya gagahkan diri. 
  

Nampak tu! Anak lelaki mengenggam erat tangan saya untuk mengatasi rasa gayat yang ada. 


Mereka dua beradik ceria sahaja. Apa perasaan mereka? Mungkin mereka tidaklah merasa, apa yang saya rasakan. 


Suami pun tidak kurangnya, cuba juga membantu menghilangkan rasa gayat yang ada, dengan mengajak ambil gambar bersama di atas ketinggian puncak tersebut.   

Iktibarnya, kerisauan rasa gayat itu dapat dihilangkan dengan kita bertenang dan ingat Allah sepenuhnya. Lidah berzikir menyebut nama Allah dan memohon ampun kepada-Nya. Debaran jantung hanya Allah sahaja yang tahu ketika itu.   

Setelah kita banyak zikir, hati menjadi tenang. Pengalaman gayat berada di tempat yang tinggi setidak-tidaknya dapat diatasi dan kita tidak lagi menjadi takut. 

Alhamdulillah satu pengalaman yang berharga telah saya lalui dengan jayanya.