Jumaat, April 18, 2014

PANTAI CENANG, LANGKAWI.




Di pesisiran pantai 
terasa diri kerdil di sisi 
Tuhan yang Maha Esa 

Di pesisiran pantai 
masalah besar 
sekadar datang dan berlalu 
rasa-rasa seorang aku
sekelumit cuma 
terlalu kecil

Lalu...
sedarlah aku seorang hamba 
wajib menyembah
Tuhan Maha Pencipta   

Allah mencipta segalanya
pantai, awan, mentari,
air, bukit, gunung

Pada setiap kejadian 
ada tanda-tanda kekuasaan Allah
pada manusia yang berfikir

Lalu
tunduk sujudku 
memohon ampunan Tuhan.