Jumaat, April 25, 2014

PENGURUSAN MASA.

Salam Sejahtera, 
Lama saya tidak menyinggah di blog ini. Rasanya terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan. Cuma, saya perlu menggunakan masa dan mengatur masa dengan sebaik-baiknya. Bila waktu hendak membaca, bila waktu untuk menulis dan bila waktu untuk mengurus keluarga. 

Ia perlu dilakukan tanpa mengenepikan atau mengabaikan mana-mana pihak. Jika hendak menjadi penulis yang berjaya perlu semuanya diatur sedaya dan sebaik mungkin. Barulah kita akan menggapai kejayaan. Insya Allah.