Jumaat, April 04, 2014

LAKUKAN SESUATU YANG DIMINATI.

Melakukan sesuatu yang diminati, tidak perlu disuruh-suruh atau diarah-arah. Sememangnya kita akan melakukan penuh rela tanpa paksa. Begitulah saya dalam dunia penulisan buku. Hari-hari seterusnya saya berusaha mengisi masa dengan sesuatu yang saya suka lakukan, iaitu menulis.

Menulislah selalu, agar saya bisa melihat keindahan hidup ini. Agar saya dapat mengisi rasa-rasa kosong dalam diri dengan menulis. Itulah sebenarnya jiwa seorang penulis. 

Usah menulis kerana wang, popular dan sebagainya. Buatlah sesuatu yang mampu untuk mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah. Andainya dengan menulis membahagiakan diri sendiri, apa salahnya. Cuma pastikan tidak menulis menyalahi undang-undang atau menyalahi syariat Tuhan. 

Adakalanya berkawan dengan komputer, buku, pen lebih menyegar dan jiwa menjadi hidup. Membaca dengan berfikir, menulis melalui pengalaman dan sedikit ilmu, lebih menceria dan menghiburkan.