Selasa, April 29, 2014

CABARAN SEORANG PENULIS.

Cabaran seorang penulis semakin terasa bahangnya. Kuatkan hati dan tabahkan jiwamu. Usah sesuatu yang tidak dijemput hadirnya, melemahkan semangat juangmu. 

Anggaplah semua ujian yang datang, makin memantapkan hati dan keyakinanmu tiada goyah. Usah mengalah pada perkara-perkara yang remeh. Apa sahaja hinaan, kejian atau mereka yang ingin merendah-rendahkanmu, usah peduli. Teruskan perjalananmu, tanpa menoleh ke belakang. 

Memang diri sendiri tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Baikilah kesalahan diri dan tingkatkan akhlak sesama manusia. Meminta ampun kepada Allah, moga Allah pimpin diri ini ke jalan yang benar dan bukan jalan kesesatan. Moga jalan-jalan yang dilalui mendapat keredaan Allah.  

Di sinilah Allah memberikan peluang untuk terus mendekatkan diri kepada-Nya. Memohon dan memohon kepada Allah. Jika semua manusia ada yang menghina dan meninggalkan kita, Allah sekali-kali tidak pernah meninggalkan kita. Allah sentiasa ada untuk mendengar permohonan dan memberikan pertolongan-Nya.