Jumaat, April 11, 2014

ILHAM MENULIS...ADA DI MANA-MANA.

Mendapatkan  idea untuk dijadikan bahan penulisan, bertambah menarik jika kita menulis melalui pengalaman sendiri. Ia lebih mendekat dan kita menjiwa tulisan tersebut.  

Insya Allah,  tidak lama lagi saya berpeluang untuk ke Perlis dan Langkawi. Sudah lama saya tidak ke sini. Insya Allah kali ini, saya akan berpeluang datang ke sini bersama suami dan anak-anak. 

Indahnya perjalanan kali ini, kami memilih untuk menaiki KTM sahaja. Ini bagi mengelak diri terpaksa memandu jauh. Pengalaman yang cukup menarik dan diri teruja sekali!    
  

Moga Allah mudahkan perjalanan dan pemusafiran ini dan moga Allah berikan juga kekuatan badan dan kesihatan. Kebiasannya bila sudah sampai ke tempat penginapan setelah mengambil rehat yang cukup, saya akan melakukan kerja-kerja manuskrip. Saya berdoa moga kerja-kerja penulisan saya dimudahkan Allah.