Seramai 1116
peneroka dan pembeli rumah menerima kunci, Sijil Layak Menduduki (CF) dan hak
milik bagi projek perumahan Alam Perdana yang telah terbengkalai sejak 10
tahun lalu.
Majlis penyampaikan
ini disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu
majlis yang diadakan hari ini di Tapak Projek Alam Perdana di Ijok Kuala
Selangor.
"Kejayaan
menyiapkan projek ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam
menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor. Kita telah
menunaikan janji kita untuk menyelesaikan masalah peneroka dan pembeli yang
terpaksa menunggu10 tahun untuk mendapatkan rumah mereka," katanya.
Beliau juga memberi jaminan bahawa Kerajaan melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor akan memastikan semua isu-isu tertangguh berkenaan perkhidmatan utiliti akan selesai dengan segera. "Jika saya sendiri kena turun untuk bekerja bagi memastikan semua berjalan, saya akan lakukannya."
Beliau berkata
kerajaan negeri juga telah memastikan kerja-kerja yang dilakukan untuk
menyiapkan rumah Alam Perdana setanding dengan mana-mana pemaju perumahan
yang berwibawa. "Bagi menguatkan keyakinan penduduk terhadap usaha kami,
Kerajaan Negeri 'underwrite' rumah pada harga tawaran asal. Sebagai contoh,
rumah teres setingkat, kerajaan akan beli pada harga RM120,000 jika pemilik
tidak lagi mahu memiliki rumah mereka."
Dalam ucapan di majlis tersebut Menteri Besar juga menyatakan rasa kesal dengan sikap Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang jelas tidak mahu bekerjasama untuk menyerahkan hartanah kepada 2000 pembeli pangsapuri kos rendah walaupun projek telah siap 100peratus.
"SPNB tidak
boleh mempolitikkan isu ini kerana ini adalah masalah rakyat. Mereka
sepatutnya bersama kita untuk menyelesaikan masalah rakyat. Tindakan mereka
melengahkan penyerahan hartanah ini adalah salah kerana peneroka dan pembeli
telah menunggu lebih 10 tahun." kata beliau.
Tentang isu CF yang
ditimbulkan oleh SPNB, Menteri Besar berkata ianya tidak perlu timbul kerana
pengeluaran CF adalah dibawah kuasa pihak berkuasa tempatan dimana dalam hal
ini melibatkan Majlis Daerah Kuala Selangor.
"YDP Majlis
Daerah membuat keputusan dengan professional dimana dia telah ada 'checklist'
supaya semua peraturan dipatuhi dalam mengeluarkan CF," katanya lagi.
Projek terbengkalai
ini berjaya disiapkan selepas Kerajaan Negeri mengambi lalih 7 hakmilik tanah
di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan membayar pampasan RM144 juta kepada
pemilik tanah, LBCN Development Sdn Bhd.
Kerajaan negeri
turut membuat tambahan pengambilan tanah melibatkan jalan masuk dan tangki
air dengan kos pengambilan tanah tambahan sejumlah RM3,122,838-00.
Kerajaan Negeri
memberi hakmilik kepada 7 lot tanah berkenaan kepada Pemerbadanan Menteri
Besar (MBI) dan MBI seterusnya melantik Cahaya Kelang Construction Sdn Bhd
untuk memulihkan 1,116 unit rumah teres berserta infrastruktur kecuali 203
unit rumah teres 2 tingkat jenis Arcadia kerana mengalami retak dan mendap
dan perlu diroboh semula.
Kos yang terlibat
bagi membaik pulih 1,116 unit rumah teres tersebut berjumlah RM 33,707,749.00
dan telah selesai di dilaksanakan pada 5 April 2012. Secara keseluruhannya,
kerajaan negeri melalui MBI telah membelanjakan sebanyak RM187,548,608.94
bagi memulihkan projek Alam Perdana.
Pembinaan 2,500 unit
rumah kos rendah pula diambilalih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB) yang memulakan pembinaan pada November 2009 melibatkan kos RM180 juta.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO'
MENTERI BESAR
Nota :
1. Petikan berita ini ditulis pada April 2012. 2. Hingga sekarang 06 Mac 2014 kebanyakan pembeli-pembeli rumah di Alam Perdana masih belum mendapat kunci rumah sebagaimana yang tertulis di atas. |
"Hidup mesti diteruskan dengan daya juang yang bersungguh-sungguh." Zuhriah Mohamad Juoi.

