"Hidup mesti diteruskan dengan daya juang yang bersungguh-sungguh." Zuhriah Mohamad Juoi.
Jumaat, Mac 14, 2014
JEREBU MASIH MENEBAL.
Sepanjang perjalanan dari Damansara ke Shah Alam, pemandangan kelabu dek jerebu yang melanda. Saya memandu penuh hati-hati, beginilah siatusi yang perlu ditempohi baik waktu pagi ataupun petang.
Rasa sedikit terganggu dengan pemandangan yang begini, tidak biasa. Terutama di waktu pagi. Matahari pula agak suram dengan pancaran cahaya yang samar-samar keorenan. Selalunya suasana pagi segar dan cerah. Tapi hari ini suasana itu hilang.
Melihat perubahan cuaca, matahari dan kehilangan MH370, terasa sesuatu. Sesuatu yang di situ kita kembali kepada kebesaran dan kekuasaan Allah. Jika Allah hendak menjadikan sesuatu, sekejap sahaja. Semuanya terjadi dengan sekelip mata. Allahu Akbar.
