Isnin, Disember 02, 2013

PUSARA SEPI.


Tanah pusara sepi itu saya ziarahi lagi. Datang dan kunjungi bersama emak. Emak selalu menziarahi kubur arwah bapa saya, yang meninggal dunia pada 1 Ramadan 1434H yang lalu. Paling tidak dua minggu sekali, pasti saya menemani emak ke tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Selangor. 

Bila datang berziarah, selalunya saya akan sedekahkan ayat-ayat al-Quran dan mendoakan arwah bapa. Begitu juga dengan emak sentiasa mendoakan kesejahteraan bapa di alam kubur. 



Semakin ramai bertambahnya penghuni-penghuni kubur yang bersekitaran dengan kubur arwah bapa. Emak selalu mengira kubur yang baru bila datang ke sini. 

"Sudah lima belas kubur yang bertambah." Begitulah ayat emak setiap kali bila sudah masuk ke dalam kereta bila balik menziarahi kubur. Saya hanya diam mendengar.

Secara tidak langsung ia mengingatkan diri, setiap yang hidup, pasti akan mati. Cuma kita tidak tahu bila kematian akan menjemput. 


Al Fatihah: untuk allahyarham ayahanda Mohamad Juoi Bin Sukeri.