Ahad, Disember 01, 2013

SEMANGAT PENDAKWAH ISLAM.


Ahmad Deedat.
Pendakwah Islam yang bersungguh-sungguh untuk melihat manusia menyembah Allah, mengucap kalimah La ilaha illallah dan memeluk Islam sebagai jalan yang benar dan agama yang benar di di dunia. 

Brother Kamarudin Abdullah

Pendakwah yang tidak pernah kenal jemu untuk terus memperjuangkan Islam ke tengah masyarakat yang masih belum beragama Islam. Minatnya terhadap Islam bermula dengan banyak membaca al-Quran terjemahan.  

Brother Kamarudin sentiasa merujuk dan membaca al-Quran untuk meneruskan perjuangan dakwahnya hingga peringkat antara bangsa. Di awal minatnya terhadap Islam, beliau mendapat bimbingan daripada allahyarham Ahmad Deedat.     

Iktibar kepada diri yang sememangnya telah dilahirkan Islam sejak kecil. Kesungguhan dan perjuangan mereka memberi satu kesedaran betapa beruntungnya kita yang telah dilahirkan Islam. Tetapi sejauh mana pula perjuangan kita untuk menegakkan Islam secara syumul (lengkap) dalam kehidupan. Dan sejauh mana pula kita mempertahan dan memperjuangkan ke tengah masyarakat?

Melihat kegigihan perjuangan mereka, memberi iktibar ke dalam diri. Malu jika kita hanya Islam pada nama, tetapi tiada semangat untuk bersungguh-sungguh belajar, memahami, mengamalkan dan sekali gus memperjuangkkan Islam pada diri, keluarga dan masyarakat.    

Tiada ulasan: