Isnin, Disember 30, 2013

SENASKHAH HADIAH PERSAHABATAN.

Hari ini hati saya tergerak untuk menghadiahkan senaskah buku TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI pada seorang sahabat lama. Sudah lama saya terpisah dan tidak bertemu dengannya. 

Rupa-rupanya dia mengikuti perkembangan penulisan saya. Menariknya sahabat saya ini ialah peribadi dan latar belakangnya dahulu, masa kami sama-sama masih kecil. Kehidupannya yang dipenuhi dengan masalah peribadi yang bertimpa-timpa. Dari kecil hinggalah dia dewasa dan berumah tangga. 

Bila kami bertemu balik di laman mukabuku dalam peringkat usia begini, terasa indah sekali bila mengenangkan zaman hingusan itu. Moga saya dan sahabat itu sama-sama berhijrah kepada yang lebih baik daripada semalam.    

Hadiah ini saya berikan untuk terus melihat agar Islam dijadikan agama kebenaran dan diperjuangkan hingga ke peringkat anak cucu, cicit dan keturunan nanti. Dan moga pahalanya berpanjangan dan saham di akhirat sana. 
Allahu Akbar. 

Tiada ulasan: