Sabtu, November 23, 2013

SYUKUR BERPANJANGAN

Alhamdulillah, ingin mengucapkan ribuan syukur kepada Allah SWT, yang telah mengurniakan pelbagai nikmat. Tiada terhingga banyaknya dan tidak mampu pula untuk menghitungnya. Syukurku sentiasa bertambah dan berpanjangan.  

Tidak lupa juga syukurku kepada ibu tercinta Puan Hajjah Khadijah binti Wok, yang telah melahirkanku dan tiada putus menyokong bakat dan minatku dalam dunia penulisan. 

Buat arwah bapaku Mohamad Juoi bin Sukeri : Al Fatihah. 
Bapa yang sentiasa mendidikku, bila jatuh tiada jemu untuk bangun semula.

Tidak dilupakan buat suami, Saharom Bin Abd Aziz, yang sentiasa memberi dorongan dan semangat di kala aku terkapai-kapai mencari jalan keselamatan dan kebahagiaan. Terima kasih tidak terhingga.

Buat anak-anak yang menjadi kerinduan, doakan ummi selalu! 

Salam kasih sayang yang berpanjangan, 
Zuhriah Mohamad Juoi.       


Tiada ulasan: