Menyemak manuskrip yang ada sebelum dihantar ke penerbit. Santai melakukan kerja-kerja penulisan di pondok wakaf di Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor. Semangat meneruskan perjuangan walau di mana dan ke mana sahaja perginya. Begitulah caranya jika mahu menyiapkan sebuah buku. Fokus dan lakukannya, tanpa menghirau cabaran dan halangan yang datang.
Ketika itu cuaca sangat terik. Saya menggunakan kaca mata hitam untuk melindungi mata terkena silauan terik mentari. Sekali sekala menukar lokasi untuk melancarkan perjalanan sebuah buku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan