Blog terkini yang telah dikemaskini. Ia selalu bertukar-tukar, akhirnya saya memilih;
zuhriah-mohamadjuoi.blogspot.com
Nama itulah yang sesuai untuk blog saya. Saya menyukai blogspot ini, kerana di sinilah saya bermula. Saya cuba mengasah bakat dan meletakkan gambar-gambar yang ada untuk dijadikan bahan-bahan penulisan blog yang agak santai dan cepat.
Harap ada manfaatnya, ia adakala membantu saya untuk terus melatih diri menulis tanpa merasa jemu. Malah ia menjadikan satu aktiviti yang mampu menggembirakan saya. Begitulah selalunya, bila hati sudah suka, semua indah sahaja.

Andainya terdapat salah dan silap ketika semangat yang melanda atau idea yang datang secara mendadak saya paparkan di blog ini, saya mohon ribuan kemaafan.
Salam kasih sayang,
Zuhriah Mohamad Juoi.
Wassalam.