| Masjid Al-Alami MITC |
Diri terasa segar dengan basahan air wuduk. Minda dan hati menjadi tenang setelah menunaikan solat. Terasa damai memenuhi ruang hati dan perasaan.
Saya memohon kepada Allah, moga perjalanan kami pada malam ini selamat dan tiada apa-apa musibah yang menimpa. Badan menjadi segar dengan basahan air wuduk dan setelah menunaikan solat. Syukur berpanjangan. Seusai menunaikan solat jamak takdim, saya dan saudara mara yang lain meneruskan perjalanan.
![]() |
| Restoran Dima Nasi Arab MITC |
Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, singgah sekejap untuk makan malam. Di mana pilihannya? Tidak berapa jauh dari masjid, kelihatan Restoran Dima Nasi Arab MITC. Nampaknya di situlah rezeki kami malam ini. Apa menu yang menarik? Mari kita lihat.
Mandhi chicken, mandhi lamb, zurbian lamb, hallowah, sayur salad, teh arab campur daun pudina. Dagingnya lembut dan sedap. Menariknya air teh arab rabea yang ada daun pudina. Memang bergelas-gelas jugalah yang kami minum. Gelasnya kecil sahaja. Alhamdulillah terima kasih kepada yang menaja. Kepada mereka yang tidak berkesempatan turut serta, insya Allah ada rezeki di lain kali.
Sebelum bertolak pulang, sempat mengambil gambar untuk kenangan. Walaupun perjalanan mengambil masa tidak lebih daripada 24 jam, namun cukup meninggalkan kenangan yang manis dan memupuk keceriaan diri. Sentiasa ingat kepada Allah dan mengeratkan silaturahim sesama adik beradik yang dikasihi.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang dilalui, nanti Allah tambahkan lagi nikmat yang ada. Elak untuk kufur, sebab azab yang menunggu.
Syukur selalu.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan