Setelah perkataan itu meresap ke dalam hatimu, ulangi pula dengan menyebut; Segala pujian hanya untuk Allah.
Setelah puas menyebut Alhamdulillah, sebutlah:
Tidak semestinya untuk menyebut kalimah-kalimah di atas menggunakan tasbih, cuma ada kalanya ia mudah merangsang untuk kita berzikir kepada Allah.
Perkataan ini sangat mudah untuk kita ingat dan menyebutnya. Tatkala anak Rasulullah s.a.w iaitu Fatimah mengadu kepada baginda dengan kesusahan hidup yang dilaluinya, baginda menyarankan agar Fatimah membaca Subhanallah. Alhamdulillah dan Allahu Akbar setiap kali selesai solat.
Zikir ini mampu menguatkan jiwa peribadi yang mengamalkannya secara istiqamah. Peribadi yang kuat dan tidak gentar dengan segala kesusahan hidup yang dihadapi, malahan sentiasa ingat dan memohon pertolongan kepada Allah. Allah, sebaik-baik tempat untuk manusia memohon pertolongan dan mengadu segala masalah hidup yang dihadapi.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan