Jumaat, Ogos 02, 2013

DUNIA BUKU - YANG NAKAL-NAKAL


Terkejut juga bila melihat anak bujang saya memilih buku ini untuk dijadikan bahan bacaan. Saya bertanya; 

"Kenapa pilih buku ini?" 

"Teringin hendak membaca karya Usman Awang. Dan inilah buku yang saya nampak untuk dibeli. "

Saya mengambil kesempatan untuk menyemak beberapa helai muka surat, menarik. Boleh belajar bahasa sastera dengan baik. Di samping menilai apa yang hendak disampaikan oleh seorang penulis. Melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. 

Belajar bagaimana kekuatan seorang penulis menggayakan bahasa yang indah dalam penulisannya.     


Tiada ulasan: