Selasa, Ogos 27, 2013

BUNGA ROS BERWARNA PINK

Tiada yang kekal melainkan Allah SWT.

Ros yang berwarna pink itu saya perhatikan begitu lama. Sungguh cantik dan saya menyenanginya. Baunya yang harum dan warnanya sungguh memikat hati. Bagaikan hati saya turut berbunga-bunga penuh keceriaan dan kegirangan.  

Mula dimiliki ia kelihatan segar dan berseri. Saya sungguh gembira sekali. Beberapa hari kemudian, satu perubahan telah berlaku. Bunga ros itu kian layu dan kelopaknya jatuh berguguran di atas meja. Lalu saya kutip kelopak yang gugur satu persatu. Saya perhatikan, kering dan gersang. Hati berbisik; 

"Tiada yang kekal. Tiada yang abadi."  

Sinonim manusia bermadah; 

cintakan bunga, bunga akan layu, 
cintakan manusia, manusia akan mati, 
cintakan Allah kekal abadi.  

Biarkan bunga ros itu layu dibawa sang bayu, namun cintaku pada Allah sentiasa segar di dalam hati. Kekal abadi hingga ke akhir hayat. Cinta pada Allah ada di dalam hati dan mengatasi cinta kepada yang lain-lainnya. Moga cinta kita kekal berseri setiap hari. 

"Alangkah indahnya hidup ini jika cinta Allah yang menjadi buruan."  

Ilham Santai, 
Zuhriah Mohamad Juoi.    

Tiada ulasan: