Khamis, Julai 25, 2013

CARA HADAPI UJIAN KEHIDUPAN

Saya termanggu-manggu sendiri. Memikirkan diri yang rasanya banyak benar ujian yang perlu ditanggung dan dipikul. Adakalanya rasa letih dan tidak larat. Penat sudah. Tetapi bila membaca al-Quran terasa ujian itu kecil dan diri kuat semula bila terbaca ayat ini: 

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah." (Surah al-Baqarah : 214) 

Jiwa menjadi segar dan itu hikmah bila kita kembali kepada al-Quran. Merujuk setiap masalah yang menimpa dengan berpandu kepada ayat-ayat Allah. Di samping mendapat ketenangan hati kita juga mendapat panduan bagaimana menyelesaikan masalah. Ia merupakan terapi minda terbaik dan dapat mengawal emosi kita ke arah yang lebih positif. 

Ingatlah pertolongan Allah itu dekat asalkan kita bersabar dan tetap teguh dan melaksanakan perintah Allah.    

Tiada ulasan: