Subuh - 01 Ramadan 1434H. Pasrah dan reda menerima kematian ayahanda tercinta Mohamad Juoi Bin Sukeri. Di keheningan waktu sahur, saya membaca al-Quran dan berdoa untuk beliau. Tenang dan damai sahaja pemergian ayahanda di kala umat Islam di Malaysia menyambut satu Ramadan.
Alhamdulillah urusan ayahanda tercinta sangat mudah. Saat kematian, mandi, kafan, solat jenazah dan tanah perkuburannya. Kepada mereka yang datang berziarah, yang memberi ucapan takziah melalui muka buku, berdoa dan melakukan solat jenazah, saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih. Jasa dan kerjasama yang dihulurkan tetap kami kenang.
Kelihatan anak-anak lelaki ayahanda melakukan khidmat terakhir di liang lahad. Bersemadilah ayahandaku. Bersemadilah dengan tenang dan damai di alam barzakh. Kami yang tinggal sentiasa mendoakan ayahanda. Pastinya suatu hari nanti, kami juga akan menyusul. Daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.
Saya mohon jasa jasa baik pembaca yang dirahmati Allah sekalian, sedekahkan al-Fatihah buat ayahanda saya.
Al-Fatihah.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan