Hari ini saya sempat untuk memasak nasi ayam. Maaflah tidak sempat nak ambil gambar dan mungkin juga terlupa. Sekali sekala masak dan dapat makan bersama suami dan anak-anak, membuatkan saya bersemangat untuk menyelesaikan kerja-kerja di dapur. Apa lagi ketika perut lapar, lagi pantaslah siapnya.
Masa tu mungkin saya dah terlupa pada samsung galaxy note tu. Apa yang penting, bila hidangan sudah siap di atas meja makan. Tadah tangan baca doa ....bismillah. Terus makan... Soru ma...soru ma...
Alhamdulillah, walaupun nasi ayam disiapkan secepat mungkin yang boleh, tetapi kena juga gaya. Habis licin semuanya. Ketika itu terfikir oleh saya, patutlah orang yang berniaga makanan boleh cepat kaya.
Modal membuat nasi ayam tidaklah banyak sangat, tetapi sepinggan nasi ayam di luar paling murah sudah mencecah RM4.50. Itupun nasinya secoit (ini guna bahasa apa ya) sahaja. Kadang makan pun rasa tak puas - ada sesuatu yang tidak kena pada selera. Tapi ikut akhlak Rasulullah - tiada komen pada makanan - Kekalkan rasa syukur dengan makanan yang ada, berbanding dengan mereka yang tiada apa yang hendak dimakan.
Kami makan berempat puas dengan masak sendiri. Rasa boleh tahan sedap (puji diri nampak). Bukan saya kata - anak-anak dan suami kata. Nak tambah masih boleh jika dibezakan makan di kedai. Semua berbayar. Waa..salah satu cara untuk jimat duit bila rajin memasak sendiri. Belajarlah cara berjimat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan