Hari ini saya dan adik beradik yang lain akan berkumpul di Kuang. Rumah kakak. Jumpa ibu bapa dan ada adik beradik yang lain di sana. Keberkatan hari hari jumaat. Seronok untuk berjumpa saudara mara. Pastinya keletah anak-anak saudara mengundang ceria.
Di awal pagi ini juga sebelum bertolak ke Kuang, minda saya masih segar untuk mencatat sesuatu. Saya ingat pada target menulis blog dan ke arah mana matlamat menulis blog. Menulis di mana sahaja (blog, buku dan sebagainya), mesti ada tujuan yang jelas dan ada matlamat yang hendak dicapai.
Saya hanyalah salah seorang daripada jutaan manusia yang minat untuk menulis. Misalnya sewaktu menulis buku TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI, hanya bermula dengan melakarkan apa sahaja ilham atau idea yang terlintas di fikiran.
Alhamdulillah, rezeki Allah bagaikan melimpah ruah dengan hasil menulis buku. Sewaktu buku itu siap berada di pasaran - ketika itu saya sedang menunaikan umrah kali pertama tahun 2011. Saya hanya mengikuti perkembangan buku tersebut bila suami menelefon saya di Makkah Mukarramah.
Begitu juga bila saya pulang mengerjakan umrah baru-baru ini, hati saya tergerak untuk aktif menulis di blog. Jadinya saya ikutkan juga rasa hati dan inilah hasilnya.
Jika pembaca melihat blog saya yang agak mungkin entah apa-apa sebenarnya saya sedang cuba menterjemahkan apa yang ada difikiran. Harap-harap ia masih tidak lari dan ada manfaat yang boleh kita kutip bersama.
Tips yang saya pelajari - kembangkan rasa hati dengan menulis dan ia akan membuahkan hasil yang lumayan. Masya Allah. Alhamdulillah.
Wahai Tuhan kami, berilah kami dari sisi-Mu rahmat dan sediakanlah bagi kami dari urusan kami petunjuk (jalan lurus). (Surah al-Kahf : 10)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan